Penubuhan program Kolej Vokasional

Penubuhan program Kolej Vokasional (KV) telah adalah cetusan idea daripada Transformasi Pendidikan Vokasional yang termaktub di bawah kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi Pendidikan Vokasional telah menetapkan matlamat bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi serta potensi untuk menjana pendapatan tinggi dalam mencapai Wawasan 2020 (KPM, 2013). Tiga aspek kompetensi pekerjaan dalam kurikulum Program Kolej Vokasional Kurikulum antaranya ialah bekerja, keusahawanan dan insaniah yang mempunyai empat aspek antaranya ialah pengetahuan, aplikasi, kreativiti dan inovasi. Pelajar kolej vokasional dilatih dengan kemahiran dan pendedahan pengetahuan untuk membangunkan sesuatu produk baru atau inovatif atau memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang vokasional yang yang telah dipelajari melalui pendekatan program School Enterprise (SE) yang mendedahkan murid kepada aspek keusahawanan.